Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal terletak di pinggir Bandar iaitu lebih kurang 15 kilometer dari pusat Bandar Sungai Petani. Berlatarbelakangkan kawasan perkampungan Melayu dengan keindahan sawah padi. Kepesatan pembangunan terutama kawasan perumahan menyebabkan bilangan murid bertambah dari 500 orang dalam tahun 2000 hingga kini 890 orang dalam tahun 2011.